• annatykhalid

TRAUMA JERAWAT

Muka atau Badan Lebih Menyeksakan?



Jerawat bukan hanya ‘berumah’ di muka tetapi pilihannya juga pada bahagian badan terutama dada dan belakang. Ianya menimbulkan keresahan pada mereka yang mementingkan penampilan. Jika pada muka, ianya tentu mencacatkan penampilan, sementara jika di bahagian dada atau belakang, keselesaan dalam berpakaian sering menjadi isu terutamanya jika anda jenis yang mudah berpeluh.

Pun begitu tidak semestinya mereka yang ada jerawat di muka ada jerawat di badan, begitu juga sebaliknya. Tetapi ada juga yang mempunyai masalah kedua-duanya. Namun samada di muka atau di badan, jerawat tetap ‘musuh’ yang sering menjadikan mood seseorang itu sering berubah-ubah.

Apakah punca jerawat badan?


Seperti juga jerawat di muka, jerawat di badan berpunca dari bakteria Propionibacterium acnes (P.acnes). P Acnes cukup suka berada di kulit dan merupakan punca utama terjadinya jerawat. P.Acnes berkembang biak adalah disebabkan gaya hidup kita yang kurang menitikberatkan kebersihan penjagaan diri seperti sering mengulang pakai pakaian, mandi ala kadar dan pemilihan syampoo dan conditioner yang bersesuian.

Seringkali berlaku ketika selesai bersyampoo dan memakai conditioner berlaku sisa conditioner tidak dicuci bersih dan tinggal pada bahagian bahu dan badan. Conditioner yang mengandungi silica akan terperangkap di kulit sehingga menyebabkan pori pori di badan tertutup dan seterusnya mencetuskan timbulnya jerawat badan.

Bagaimana mengatasi jerawat badan ini?

  1. Mandi dengan sempurna. Bersyampoo dan berconditioner secara teratur. Selepas itu bilaslah keseluruhan badan dengan air yang bersih sehingga hilang kesan syampoo, conditioner maupun sabun mandi yang kita guna.

  2. Dapatkan pencuci muka yang betul. Narqes Skintelligent menyarankan anda menggunakan produk terbaru kami – Acne & Oil Cleanser Extra Strength yang mengnandungi ekstrak bahan-bahan yang cukup berkhasiat untuk mengatasi masalah jerawat di muka atau badan. Hanya seminggu penggunaannya jerawat anda akan terhapus.

  3. Cara memakainya amat mudah. Selepas selesai bersyampoo dan memakai conditioner serta membilas dengan bersih, pamkan dua kali Acne & Oil Cleanser Extra Strength, jadikan buih dan letakkan di bahagian belakang atau dada yang berjerawat. Biarkan selama lima minit. Kemudian bilas.

  4. Untuk kesan yang lebih menakjubkan gunalah Acne & Oil Essence yang mengandungi anti bakteria dan mampu melindungi kulit anda sepanjang hari.


Jerawat di muka atau di badan hanya boleh dihapuskan dengan penjagaan yang betul. Jaga juga permakanan anda, amalkan rutin kebersihan dalam mandian dan mencuci muka. Pilih produk yang sesuai dengan masalah kulit anda. Datanglah ke Narqes Skintelligent untuk khidmat rundingan percuma dan kami akan mencadangkan rawatan yang bertepatan dengan apa juga masalah kulit anda.

2 views
Subscribe to Our Site

Contact Us

No. 72-G, Jalan Memanda 1,

Ampang Point Ampang,

Kuala Lumpur 68000

+6013-263 5007

©2018 Narqes