• annatykhalid

Sunblock SPF 50 atau 100? Mengapa “Broad Spectrum’ Lebih Penting?

Updated: Nov 18, 2020



Dr. Shazwani, Estetika Consultan Narqes Skintelligent menasihatkan kepada mereka yang ‘kurang rajin’ dengan rejim mencuci muka secara teratur, agar tidak melupakan rejim yang satu ini. Rejim apakah itu. Sunblock!


Ya, sentiasa memakai sunblock selepas mencuci muka. Itulah rejim yang jangan ditinggalkan. Baik Sunblock atau Sunscreen keduanya mempunyai peranan penting dalam penjagaan dan kesihatan kulit wajah lebih-lebih lagi jika kita sering berada di luar. Sinaran matahari akan menjadikan punca kulit wajah bermasalah. Begitu juga jika berada di kediaman, pejabat atau kawasan tertutup pun, tetap perlu mengenakan sublock sebagai pelindung dari anasir memudaratkan seperti pancaran cahaya computer, television maupun sinaran telefon tangan anda sendiri. Semua itu mengakibatkan masalah pada kulit.


Pemilihan Sunblock ditentukan dengan tahap SPFnya. SPF merujuk kepada singkatan Sun Protection Factor yang memberi pelindungan kepada kulit dari sinaran matahari. Peratusan SPF dalam sunblock atau krim tabir suria adalah penentu berapa lama anda boleh berada di bawah sinaran cahaya matahari. Sebagai contohnya jika anda berada di luar selama 15 minit tanpa memakai sunblock, anda menggunakan SPF 10, sunblock tersebut akan memanjangkan waktu anda boleh berada di bawah sinar matahari dalam jangka waktu sepuluh kali lebih lama dari masa anda tanpa menggunakan sunblock. Begitu jugalah dengan SPF yang lebih tinggi, lebih tinggi lebih lama penjagaan sunblock pada kulit anda dari terbakar dek matahari. Hakikatnya, semakin rendah tahap SPF yang anda gunakan, ianya perlu diulang penggunaan agar kulit tidak terbakar.


Pun begitu, untuk cuaca di Malaysia atau Asia Tenggara ini, jumlah SPF yang biasa digunakan adalah SPF 50. Ianya sudah mencukupi untuk keperluan kulit anda terlindung dari sinaran matahari. Jika anda jenis yang gemarkan aktiviti lasak seperti marathon yang memerlukan berada di luar dalam jangka masa yang panjang, SPF yang lebih tinggi seperti SPF 100 lebih diperlukan.


Dan timbul pula persoalan mengapa tidak menggunakan SPF 100 hari hari jika sunblock tersebut benar-benar boleh melindungi. Harus difahami lagi tinggi SPF dalam sunblock, semakin tinggilah penggunaan bahan aktif yang diaplikasikan. Kebiasaannya apabila lebih banyak bahan aktif kita akan berasa kurang selesa apabila memakainya seperti kesan putih yang berlebihan dan rasa ‘tebal’ ketika memakainya. Justeru untuk kegunaan seharian seeloknya SPF 50 lebih sesuai.



Fakta:


Apa beza UVA, UVB dan “Broad Spectrum”

Huruf A pada UVA bererti ”aging” (penuaan) dan B pada UVB merujuk kepada “Burning” (pembakaran). Sublock yang mengandungi UVB lebih menjadi pilihan dan popular tetapi yang sebenarnya diperlukan adalah sublock yang ada tertulis “Broad Spectrum”. Broad Spectrum membawa pengertian sunblock tersebut memiliki filter pelindung dari kedua sinar UV samada A ataupun B. Jadi jika membeli sunblock atau sunscreen pastikan tertulis “Broad Spectrum’ untuk pelindungan lebih maksima.

17 views0 comments

Recent Posts

See All