• annatykhalid

Mencuci Wajah – Tips Yang Perlu Dielak Dan Dipatuhi Tanpa Kompromi

Updated: Nov 18, 2020



Mencuci wajah adalah rutin harian wajib sebagaimana kita perlu makan dan minum. Wajah juga perlu perawatan yang khusus terutamanya jika anda memiliki kulit wajah yang bermasalah seperti berjerawat, kulit kusam ataupun jenis yang berminyak. Samada lelaki atau wanita, rejim mencuci wajah tetap sama dan perlu dipatuhi tanpa kompromi.


Harus difahami, kulit terdiri daripada tiga lapisan iaitu lapisan epidermis, dermis dan hypodermis. Ketiga lapisan tersebut ada fungsi tersendiri. Kulit kita juga akan bertukar setiap 35 hari sekali. Justeru kita perlu bijak menjaga kulit sebaik mungkin untuk terus sihat tanpa gejala yang kurang menyenangkan.


Pun begitu terdapat beberapa persoalan sering menjadi titik pertanyaan bagaimana mencuci wajah yang betul. Berapakalikah wajah perlu dicuci, produk bagaimana perlu dijadikan pilihan, apakah sekadar memakai sabun mandi cukup untuk menyempurnakan cucian wajah?

1. Sabun atau Facial Wash

Menggunakan hanya Sabun sebagai pencuci muka adalah tindakan yang salah. Kulit muka memerlukan pencuci muka yang bersesuaian dengan kulit wajah seseorang. Jika kulit bermasalah, lagilah perlu ditelitikan pemilihan pencuci agar tidak meninggalkan kesan yang memudaratkan. Lebih malangnya, penggunaan sabun pada wajah akan menghilangkan pelembab di wajah. Ianya akan merosakkan PH kulit sekaligus menjadikan kulit kian kering dan tegang. Sabun biasa hanya digunakan untuk hal-hal yang biasa pula, sementara kulit wajah perlu perlakuan khusus. Pilihlah pencuci muka yang bebas sabun, bebas pewangi serta kurang buih. Dan paling penting ianya sesuai dengan masalah kulit anda.


2. Dua kali atau lebih

Mencuci wajah seeloknya dua kali sehari sahaja untuk mengelakkan wajah kehilangan lembapan dan kekeringan. Rejim pertama yang perlu dibuat adalah pada setiap kali bangun tidur. Sewaktu kita tidur, pori-pori akan mudah tersumbat dengan kotoran, minyak dan sel-sel mati. Jika tidak dicuci dengan betul, ianya akan mengundang jerawat dan jangkitan tertentu.


Sebelum tidur juga, sebarang kotoran di wajah perlu dibersihkan. Terutamanya kepada golongan wanita yang gemar bersolek. Gunakan make up remover sebelum mencuci wajah. Selepas mencuci wajah, jangan lupa memakai serum, pelembab dan krim malam. Rejim sebegini perlu diamalkan secara rutin harian. Jangan masuk tidur dengan wajah yang kotor walaupun anda hanya berada di rumah. Habuk, hama dan

bakteria yang tidak kita nampak dengan mata kasar, akan berkumpul di wajah sekiranya anda tidak membersihkan sebelum tidur.

3. Guna air suam atau sejuk

Ada yang gemar menggunakan air suam untuk mencuci wajah terutama pada waktu pagi untuk membangkitkan kesegaran pada wajah. Tidak kurang pula memilih air sejuk atau ais sebagai menutup liang roma selepas mencuci wajah. Menggunakan ais kiub antara amalan kecantikan perawatan wajah yang amat baik untuk membersihkan wajah, disamping memberi wajah baru kepada kualiti dan flawless kulit anda. Samada memilih menggunakan air suam atau air sejuk, pastikan suhu air tersebut sesuai dengan kulit wajah anda.

4. Gunakan tuala bersih untuk lap wajah.

Tuala perlu sentiasa dibersihkan untuk mengelakkan jangkitan bakteria di wajah. Seeloknya gunakan tisu basah untuk lap wajah sekiranya tuala yang digunakan kurang pasti kebersihannya.


Sepanjang proses mencuci wajah, anggota yang banyak digunakan adalah tangan. Sebelum mencuci wajah, pastikan tangan anda dibersihkan dengan sabun terlebih dahulu.


Mencuci wajah kedengaran mudah untuk dilakukan, namun jika salah cara melakukannya, hasilnya tidak menjamin sempurna terutama untuk mereka yang kulit bermasalah. Dan diwaktu covid-19 ini SOP bukan hanya dipersekitaran, SOP mencuci wajahpun ada caranya.


Di Narqes Skintelligent, Cleanser Profesional Dual Cleansing Gel dengan fungsi makeup removal dan pencuci muka sekaligus. Ianya pilihan terbaik untuk wanita yang inginkan sesuatu yang cepat tetapi memenuhi keperluan. Dengan diakhiri dengan pemakaian Toner Profesional Ultra Hydrating Essence, kulit wajah anda akan bersih, segar dan flawless.

10 views0 comments

Recent Posts

See All