• annatykhalid

Keputihan - Lendir Biasa Atau Luar Biasa?



Keputihan milik semua wanita! Apakah statement tersebut sesuatu yang membanggakan atau sebaliknya? Apakah keputihan pekara biasa atau sememangnya akan menjadi luar biasa kalau ianya terlalu berlebihan lendirnya.


Untuk info, keputihan adalah pekara biasa di kalangan wanita terutama wanita yang telah berkahwin, sedang hamil atau waktu tengah haid. Ianya juga boleh disebabkan perubahan atau gangguan hormon, stress, kesan pengambilan antibiotic daripada penyakit seperti kencing manis dan pengambilan pil perancang keluarga.

Dikatakan keputihan tidak memudaratkan sekiranya ianya sekadar lendiran yang jernih atau putih susu jernih dengan tekstur yang licin, baunya tidak busuk atau hamis. Sementara keputihan yang luar biasa apabila lendir yang keluar berlebihan berbau busuk, likat, warnanya kekuningan, coklat dan adakalanya ada darah. Kawasan vagina pula akan terasa panas, gatal, merah-merah dan mudah terkena jangkitan. Jika anda sudah berkahwin, ianya akan membuatkan hubungan seksual anda kurang enak. Lebih malang jika jangkitan bakteria di vagina merebak kepada pasangan anda pula.

Namun apabila ianya keluar secara berlebihan, merawatnya bagaimana pula? Tip dibawah ini wajar diamalkan sekiranya anda mengalami masalah keputihan yang serious.

  • Paling utama, pastikan kawasan vagina anda bersih dan sentiasa kering. Selalu tukar seluar dalam sekiranya anda jenis yang mudah berpeluh. Seluar dalam yang ketat juga wajar dielakkan. Panty liner juga harus ditukar selalu setelah memakai selama tiga empat jam.

  • Kelembapan pada bahagian vagina akan mengundang bakteria dan jangkitan kulat. Justeru selepas melakukan aktiviti seksual atau membuang kencing, kawasan vagina perlu dicuci dengan air bersih dan dilap tuala bersih.

  • Usah gunakan produk pembersih vagina yang mengganggu ph vagina. Biasanya ph vagina dalam 3.5 hingga 4.6 yang dihasilkan oleh bakteria sihat, Lactobacillus

  • Penggunaan bedak talcum atau krim yang kurang bersesuaian amatlah perlu dielakkan demi menjaga tahap asid di vagina.

  • Elakkan pengambilan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi.

  • Amalkan kehidupan seksual yang sihat. Jika anda pekerja seks, sentiasalah memastikan kesihatan vagina anda berada dalam keadaan yang bersih serta terhindar dari jangkitan bakteria. Menggunakan kondom antara cadangan yang wajar dipertimbangkan untuk mengurangkan sentuhan pada dinding faraj.

  • Jika lendir yang keluar secara berterusan sehingga menimbulkan kegatalan, ruam-ruam, bengkak atau luka, berjumpalah dengan doktor untuk rawatan lanjut.


Fakta:


Tahukah anda, ada makanan yang menyumbang kepada permasalahan keputihan. Jika anda penggemar makanan-makanan ini, bolehlah mengurangkan pengambilannya. Makanlah sekadarnya, sesuatu yang berlebihan tentunya akan memudaratkan. Lebih-lebih lagi sekiranya ia berkait dengan vagina dan kawasan sulit anda.

  1. Telur - Mengandungi kalori dan protein yang tinggi merangsang keluarnya lebihan keputihan.

  2. Keju - Mengandungi kalsium yang baik untuk tulang tetapi jika mengambil secara berlebihan akan mengundang keputihan.

  3. Mentimun - Mampu meningkatkan hormon estrogen yang menyebabkan terjadinya keputihan, justeru kurangkan pengambilan mentimun.

  4. Ragi - Penggunaan ragi dalam makanan yang sejuk beku atau diawet perlu dielakkan. Ragi juga pencetus keputihan. Pasta tomato antara yang berkait rapat dengan penggunaan ragi. Tapai juga perlu dikurangkan.

  5. Udang - Penggemar seafood menjadikan udang sebagai santapan utama. Tetapi ianya juga mengundang ‘santapan’ baru untuk masalah keputihan.

  6. Cili - Makanan berasaskan cili memang menyelerakan terutama di kalangan wanita yang gemarkan makanan yang pedas. Cili mengandungi zat ‘capsaicin’ mampu mempertingkatkan bakteria dalam vagina sekaligus mengundang keputihan.

  7. Nenas - Nenas yang mengandungi asid juga perlu dielakkan kerana ianya akan mengganggu ph vagina sekira diambil secara berlebihan. Untuk ibu mengandung, nenas adalah antara makanan yang dilarang.

12 views0 comments

Recent Posts

See All