• annatykhalid

INTUBATION BOXES NARQES SKINTELLIGENT

Updated: Oct 14

SOP Ekslusif Lagi Selamat



SOP Covid-19 sentiasa diperketatkan dari masa ke semasa. Memakai mask, sinetizer, penjarakan social, sering mencuci tangan dengan sabun serta amalan kesihatan yang teratur antara SOP yang menjadi normal baharu dalam kehidupan hari ini. Mereka yang baru balik dari luar negara maupun kawasan zon merah perlu melakukan kurantin diri selama 14 hari, sekiranya bergejala, langkah keselamatan perlu dipertingkatkan dengan maksima.


Penggemar spa juga tidak terkecuali dengan SOP ini. Rawatan di spa yang lebih menjurus kepada sentuhan mendekatkan berlakunya permindahan gejala Covid-19. Tanpa SOP yang khusus, penggemar spa berasa kurang selamat dan kurang yakin untuk meneruskan rutin spa mereka.


NARQES Skintelligent amat memahami keresahan penggemar spa mereka. SOP di semua cawangan NARQES Skintelligent lebih bersifat ekslusif dalam memberi keselesaan kepada penggemar spa yang hadir menjalani perkhidmatan rawatan yang disediakan. Tiada istilah lebih kurang atau sekadarnya, segala yang berkaitan dengan SOP yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia telah ditambah baik dengan beberapa penambahan baru yang lebih memberi rasa selamat kepada penggemar spa.

Dalam tempoh PKPP ini, NARQES Skintelligent terus menerima tempahan penggemar spa dengan beberapa syarat dan SOP yang dipertingkatkan. Antaranya;



  1. Penjarakan sosial – Hanya lima pelanggan sahaja pada setiap masa. Justeru tempahan awal adalah dialukan untuk disuaikan jadual agar tidak berlaku kehadiran ramai pelanggan pada suatu masa. Pelanggan dilarang membawa anak-anak kecil maupun teman. Proses menunggu sebelum temujanji pun dipendekkan agar segalanya berjalan pantas dan teratur.

  2. Pelanggan juga akan ditanyakan sejarah kesihatan mereka seperti jika demam, selesema, batuk atau pernah berada di zon merah. Daftar MySejahtera dan Selangkah serta pengambilan suhu dan memakai sanitizer adalah proses awal menyambut kedatangan para pelanggan.

  3. Pakar therapist juga sentiasa berada dalam keadaan sihat untuk menyambut dan memberi khidmatan rawatan. Mereka akan memakai face shield dan PE ketika membuat rawatan facial. Hanya seorang therapist akan mengendalikan seorang pelanggan pada suatu masa.

  4. Selepas rawatan, bilik rawatan dan peralatan facial akan disanitasikan segera dan akan digunakan setengah jam kemudian. Keseluruhan ruang menunggu spa juga sentiasa disantasikan agar terus memberi keselesaan pada mereka yang berada di spa.

  5. Lebih eksklusif penggunaan intubation box yang ditempah khas untuk memberi keselesaan kepada pelanggan serta memberi ciri-ciri keselamatan antara therapist dan pelanggan. Intibution box yang direka dengan dua tingkap untuk memasukkan tangan therapist ketika melakukan rawatan, juga dilampirkan dengan plastic. Plastik tersebut adalah antara ciri-ciri penting sekiranya berlaku situasi pelanggan terbatuk atau terbersin disepanjang proses rawatan. Dengan adanya intubation box ini tahap SOP spa NARQES Skintelligent menjadi pemangkin kepada ciri-ciri SOP yang lebih eksklusif dan bersistematik. Dalam erti kata lain, rawatan kecantikan itu perlu untuk dimiliki oleh setiap individu tetapi mejaga kesihatan para pelanggan juga satu tanggungjawab. Intubation Box NARQES Skintelligent adalah bukti kami menghargai kecantikan, keanggunan dan kesihatan secara seiring dan berprestij.


3 views
Subscribe to Our Site

Contact Us

No. 72-G, Jalan Memanda 1,

Ampang Point Ampang,

Kuala Lumpur 68000

+6013-263 5007

©2018 Narqes