• annatykhalid

HAMIL PUN MESTI CANTIK

Apa Yang Boleh; Apa Yang Dilarang






Sewaktu hamil, apakah seseorang itu dilarang untuk membuat rawatan kecantikan? Jika boleh, apakah rawatan yang dibenarkan, dan jika dilarang, apa pula alasannya?




Puan Narqes Raimi, Owner NARQES Skintelligent ada jawapannya. Selaku pakar farmasi dan sekaligus ibu kepada empat orang cahaya mata apatah lagi ketika ini sedang hamil anak kelima sudah pastinya beliau amat arif tentang situasi, keperluan dan perubahan emosi dan tubuh seorang wanita ketika hamil.




Rawatan Laser


Rawatan yang paling perlu dielakkan adalah rawatan laser. Tak kisahlah samada hair removal, brightening atau pigmentation laser. Ini untuk memastikan kesan radiasi laser tersebut tidak memberi kesan sampingan pada bayi dan kandungan.



Chemical Peel


Kebiasaannya bagi mereka yang menjalani rawatan chemical peel, akan menggunakan chemical peel yang mempunyai kepekatan bahan kimia yang tinggi. Bahan kimia ini akan menyerap dalam tubuh dan seterusnya menjejaskan kandungan. Ianya amat perlu dielakkan demi kesihatan tumbesaran bayi.


Walau begitu, masih ada rawatan yang dibenarkan. Antaranya facial yang menjurus kepada rawatan membersihkan kulit seperti membuang blackhead, whitehead dan micro dermalation. Selain itu rawatan hydration juga amat bersesuaian untuk dilakukan untuk mengatasi masalah kulit yang berminyak atau terlalu kering. Perubahan hormon sepanjang proses hamil juga akan menyebabkan timbulnya masalah jerawat. Dengan rawatan yang bersesuaian mampu memulihkan masalah kulit sepanjang proses mengandung.


Pastikan anda mengunjungi spa atau pusat kecantikan yang bersesuaian dan dapatkan info sebelum melakukan sebarang rawatan. Jangan mencuba sebarang rawatan tanpa mendapat nasihat dari mereka yang pakar. Paling penting spa atau pusat kecantikan tersebut menyediakan fasiliti patuhi SOP covid-19 agar anda dan kandungan selamat dan terjaga.


Proses hamil adalah pengalaman istimewa lagi eksklusif sebagai seorang wanita, namun begitu keinginan untuk tampil menawan dan anggun haruslah seiring dengan tuntutan kesihatan kandungan dan bayi anda.


Sila kunjungi cawangan NARQES Skintelligent untuk mendapat tawaran istimewa untuk mereka yang bakal bergelar ibu. Kami meraikan hari-hari bahagia anda dengan wajah yang berseri lagi anggun menjelang kelahiran cahaya mata tersayang.

15 views
Subscribe to Our Site

Contact Us

No. 72-G, Jalan Memanda 1,

Ampang Point Ampang,

Kuala Lumpur 68000

+6013-263 5007

©2018 Narqes