• annatykhalid

Gluta-Primer SPF35 – Cantik Sempurna Sekelip Mata

Updated: Nov 18, 2020



Dalam situasi masa yang sering mencemburui, memakai solekan tanpa memerlukan masa yang panjang dengan proses solekan pelbagai, adalah impian kecantikan setiap wanita. Justeru itu, Narqes Skintelligent tampil dengan produk terbaru: Gluta-Primer SPF35 yang memberikan alternatif terkini dalam dunia solekan. Ianya lebih mudah diaplikasikan namun kesannya dapat dilihat secara segera. Jika seseorang itu hanya menggunakan Gluta-Primer SPF35 sahajapun sudah memadai untuk kelihatan berseri, tanpa memerlukan bantuan lain seperti foundation atau bedak.


Merujuk kepada istilah Primer itu sendiri yang menjadi ‘base’ solekan sebelum mengenakan bedak atau foundation, kemunculan Gluta-Primer SPF35 umpama orang mengantuk disorongkan bantal. Dengan kombinasi bahan utama iaitu Vitamin E, Glutathione dan Hyaluronic Acid menjadikan Gluta-Primer SPF35, produk kosmetik wajib ada dalam setiap tas wanita.



Apakah kelebihan 3 bahan utama tersebut yang menjadi asas penting bagi fenomena kecantikan Gluta-Primer SPF35?


Glutathione

Merupakan Protin dari gabungan tiga jenis asid amino iaitu cysteine, glutamic dan glycine yang menjadi perisai menghalang anasir persekitaran seperti toksik, pencemaran dan bahan kimia dalam makanan yang di ambil daripada memusnahkan sel-sel sistem badan.


Dikenali sebagai Master Antioksidan. Pengambilan Glutathione yang berterusan akan menjadikan kulit cerah, berseri dan lebih putih. Dikatakan juga sebagai agen awet muda. Ianya mentranformasi eumelanine iaitu pigmentasi kulit gelap, sawo matang, kuning langsat, coklat dan sebagainya kepada phaeomelanin iaitu pigmentasi kulit putih kemerah-merahan. Selain itu tekstur kulit akan menjadi lebih lembut, berseri-seri, segar dan pori-pori akan menjadi lebih kecil. Ia juga mampu mengatasi masalah jerawat dan parut.


Hyaluronic Acid

Badan kita mampu menghasilkan Hyaluronic acid secara alami tetapi dengan situasi pertambahan usia dan selaran radiasi cahaya matahari serta pencemaran udara boleh mengurangi peratusan hyaluronic acid di kulit. Mengamalkan 120 - 240mg hyaluronic acid setiap hari selama sebulan mampu mempertingkatkan kelembapan kulit dan menyelesaikan masalah kulit kering, mengurangkan kedutan dan menjadikan kulit semakin anjal.


Perkataan acid pada namanya tidak perlu digusarkan kerana ianya tidak memberi kesan sampingan pada pemakainya. Samada anda berkulit berminyak, berjerawat, terlalu kering, kusam, Hyaluronic Acid adalah sesuai untuk sebarang jenis kulit. Dan sekiranya anda memiliki kulit yang sangat sensitif seperti mudah kemerahan dan senang gatal, sapukan sahaja Hyaluronic Acid untuk memberi kelegaan.


Vitamin E

Seperti mana Hyaluronic Acid dan Glutathione yang berfungsi sebagai agen anti oksidan dan awet muda, begitu juga dengan Vitamin E. Ianya menjadi pilihan ramai terutama wanita yang inginkan kulit lebih berseri-seri, sihat dan cantik di pandang. Vitamin E juga amat baik untuk menurunkan paras kolestrol dan kesihatan jantung.


Masalah kedutan diwajah adalah trauma untuk ramai orang, ianya tidak dapat dielakkan dek usia yang bertambah serta masalah kulit seperti jerawat, terlalu kering, berjeragat. Maka di sinilah peranan Vitamin E menjadi pemulih masalah terbabit. Vitamin E akan menyerap ke dalam kulit dan mampu membantu mengurangkan kesan kedutan serta parut sekaligus menghalang serangan radikal bebas.


Selain itu SPF 35 dalam Gluta-Primer untuk menghalang selaran matahari memberi nilai tambah kepada Gluta-Primer SPF35. Kesimpulannya, kombinasi tiga bahan utama iaitu Vitamin E, Hyaluronic Acid dan Glutathione adalah pemangkin dalam memperlengkapkan nilai eksklusif kecantikan yang diingini. Anda akan kelihatan anggun menawan dengan kesihatan kulit yang akan dirawat dengan penggunaan Gluta-Primer SPF35.

25 views0 comments
Subscribe to Our Site

Contact Us

No. 72-G, Jalan Memanda 1,

Ampang Point Ampang,

Kuala Lumpur 68000

+6013-263 5007

©2018 Narqes