Fakta Mengapa Surfaktan Bukan Pencuci Wajah

Lelaki Atau Wanita Lebih Suka Sabun?


Antara lelaki dan wanita, siapa yang lebih teliti dalam perawatan wajah? Jika diukur pada situasi dan keperluan, jantina tidak lagi menjadi isu dalam soal penjagaan diri terutama bagi mereka yang mementingkan penampilan diri.


Namun begitu, mengikut pengalaman Dr. Syazwani, estetika konsultan Narqes Skintelligent mengakui kaum lelaki seringkali mengambil jalan mudah dalam aspek perawatan mencuci wajah. Memberi contoh suami beliau sendiri yang kerap kali menjadikan sabun atau syampoo sebagai jalan ringkas mencuci wajah ketika mandi. Ianya bukan sesuatu yang luar biasa, malahan ramai lelaki yang menjadikan sabun sebagai bahan utama agen pencuci keseluruhan badan ketika mandi termasuklah muka.