• annatykhalid

EKZEMA

Punca & Solusi

Jika anda memiliki jenis kulit sensitif dan kering, risiko terkena Ekzema adalah tinggi. Ekzema yang berkaitan dengan kondisi keradangan kulit sehingga mencetuskan kegatalan, kemerahan, berkerak, berair, melepuh dan kulit menjadi rengas. Kondisi ini seringkali juga mencetuskan rasa gatal yang keterlaluan sehingga ‘kulit’ tercedera kerana sering digaru.


Kawasan yang sering menjadi ‘rumah’ kepada ekzema adalah bahagian muka terutama kepada bayi, pelipat lengan, lutut, betis, bahagian kaki dan buku lali.

Menurut Puan Narqes Raimi, pemilik Narqes Skintelligent dan juga pakar farmasi bertauliah, beliau melihat masalah Ekzema bukanlah satu penyakit. Ianya sekadar salah satu cerita kondisi masalah kulit yang terjadi kepada mereka yang memiliki kulit sensitif dan kering. Dan sekiranya seseorang itu merasakan ‘down’ kerana mengalami Ekzema, ianya sesuatu yang tidak wajar diperbesarkan. Dengan rawatan yang betul atau dalam istilah yang beliau gelarkan One Minit Method, masalah Ekzema boleh diatasi hanya dalam seminggu sahaja. Paling penting ianya perlu dilakukan setiap hari secara tekun dan berterusan.



Apakah punca Ekzema?


Tiada maklumat yang khusus untuk memberikan punca yang lebih menjurus kepada masalah ekzema ini. Namun terdapat dua penyebab utama yang mendekatkan kita dengan Ekzema. Yang pertamanya adalah pengaruh genetik. Jika ayah atau ibu anda ada masalah Ekzema, anda juga berpotensi untuk mendapat Ekzema. Ianya bagaikan penyakit keturunan yang diwarisi.


Punca kedua pula adalah gaya hidup seseorang. Alahan kepada hama, bulu, habuk dan persekitaran yang kurang bersih boleh juga mencetuskan Ekzema. Tersilap makan seperti makanan laut, kekacang, tenusu juga antara punca alahan kepada Ekzema.


Solusi One Minute Method

  1. Selepas mandi, lap dengan tuala bersih, kurang dari seminit sapukan pelembab ke badan untuk mengunci hidrasi agar kulit sentiasa lembab.

  2. Pilihlah pelembab yang bebas pewangi, mampu memberi extra hidrasi dan mencegah kulit dari kekeringan.

  3. Narqes Skintelligent memperkenalkan produk terbaru iaitu Ultra Hydra Lotion yang cukup terbaik untuk masalah Ekzema ini. Dengan bahan utamanya Linseed Oil yang kaya dengan Omega 3, Omega 6 dan Omega 9 berserta Vitamin E, mampu memperbaiki kualiti kulit yang lemah akibat Ekzema.

  4. Allantoin juga di dalam Ultra Hydra Lotion mampu merangsang memperbaharui dan memperbaiki kulit , sementara Shea Butter dan Clycerine melicinkan dan melindungi kondisi kulit sehingga masalah Ekzema berjaya diatasi dengan hanya seminggu sahaja.

  5. Untuk memilih pencuci muka pula pilih yang bebas sabun dan pewangi. Mereka yang alah dengan ekzema ini sememangnya perlukan pencuci muka atau badan yang kurang bahan kimia untuk mengelakkan kesan rengsa, pedih dan allergik.

  6. Paling penting setiap kali mandi, lakukan one minute method ini dengan tekun, teratur dan displin. Anda akan mendapat kembali kulit yang sihat, tiada alahan dan emosi anda juga semakin stabil kerana tidak lagi terbelenggu dengan masalah Ekzema.



Ultra Hydra Lotion adalah pilihan terbaik untuk masalah Ekzema. Anda akan merasai perbezaan selepas menggunakannya. Datanglah ke cawangan Narqes Skintelligent untuk info selanjutnya. Pakar terapi Narqes Skintelligent akan menganalisa kesihatan kulit anda terlebih dahulu sebelum diberi rawatan yang bersesuaian.


Ingat ye Ekzema bukan penyakit; ianya mampu dipulihkan!



Melaksanakan rutin penjagaan kulit yang sesuai amat penting untuk menangani ekzema dengan berkesan. Teknik utama untuk memastikan kulit sentiasa lembap ialah dengan menyapu pelembap dengan kerap. Ia dapat melegakan kulit kering dan mencegah daripada gejala gatal-dan-garu yang berterusan dan berulang-ulang.
0 views
Subscribe to Our Site

Contact Us

No. 72-G, Jalan Memanda 1,

Ampang Point Ampang,

Kuala Lumpur 68000

+6013-263 5007

©2018 Narqes