• annatykhalid

DERMAPLAN - BUKAN SEBARANG CUKUR . . .

Updated: Sep 23

Treatment Untuk Wanita Dan Lelaki Tanpa "Bulu".



Wanita dahulu kala sebelum berkahwin, mereka akan berandam. Berandam dalam tradisi Melayu adalah mencukur bulu-bulu halus di wajah . Mak Andam yang mengendalikan proses mengandam ini dikatakan memiliki kepakaran tersendiri dalam memberi seri wajah kepada bakal pengantin. Lebih ‘mendebarkan’ lagi mengikut pandangan tertentu melalui proses mengandam itu mak andam dapat mengetahui sama ada bakal pengantin itu dara atau tidak.


Hari ini definasi kecantikan tidak lagi terletak pada jemari atau ilmu tradisi mak andam. Pelbagai teknologi terkini dari dalam dan luar negara telah diadaptasikan dengan budaya tempatan. Nyatanya definasi kecantikan terus berada dalam kelas tersendiri untuk para wanita yang sentiasa mementingkan penampilan diri.


Salah satu rawatan kecantikan yang mampu memberikan seri wajah baru kepada para wanita adalah Dermaplan. Proses ini kelihatan agak mencabar kerana sekali pandang ianya kelihatan seperti mengupas kulit muka. Kedengaran cukup ngeri bukan? Tetapi seperti kita sedia maklum, hanya spa dan pusat kecantikan yang bertauliah sahaja akan menyediakan perkhidmatan rawatan Dermaplan.


NARQES Skintelligent juga menyediakan perkhidmatan rawatan Dermaplan. Fakta dan info yang diberikan ini mampu untuk memberikan penerangan lebih jelas mengapa dan kenapa rawatan Dermaplan kini menjadi antara pilihan untuk rawatan kecantikan untuk wanita.




Apakah fungsi utama Dermaplan?


Masalah kulit di muka seperti kulit kering, kurang bermaya, kendur, kusam dan membuang sel-sel mati di muka adalah fungsi utama rawatan Dermaplan. Selain itu, lebih parah apabila sel-sel mati tersebut akan mencetuskan masalah baru iaitu, jerawat. Tidak kurang juga masalah bulu-bulu halus di muka yang sedikit sebanyak mencacatkan keserian wajah.


Sejauh mana perlunya bulu-bulu halus disingkirkan?


Folikel bulu-bulu halus memerangkap minyak dan menyumbatkan pori-pori akan menyukarkan produk kecantikan seperti foundation tidak sekata dan kelihatan bercapuk-capuk di muka. Bedak yang dikenakanpun sukar untuk diratakan lantaran adanya bulu-bulu halus tersebut. Di sinilah betapa pentingnya rawatan Dermaplan untuk dilakukan.


Apabila telah dicukur bulu-bulu tersebut, tidakkah ianya akan menyebabkan bulu-bulu halus akan tumbuh dengan lebih lebat lagi?


Anggapan sedemikian sebenarnya adalah tidak benar. Dermaplan tidak menyebabkan bertambahnya bulu-bulu halus di muka. Yang sebenarnya, apabila bulu-bulu halus dicukur, ianya adalah kesan psikologi biasa kepada sesiapa juga yang melakukan Dermaplan. Iyalah kan, sebelum ini bulu-bulu halus tersebut tidak pernah terusik, dan apabila telah dicukur, anda merasa sedikit janggal kerana wajah sudah bersih dan bulu-bulu halus yang tumbuh selepas itu kelihatan berbeza dari bulu-bulu halus sebelum dicukur. Tetapi ianya tidaklah menjadikan ianya semakin tebal atau lebat. Seeloknya lakukan dua minggu sekali rawatan ini.


Bolehkah lelaki melakukan Dermaplan?


Boleh sekiranya anda jenis yang memiliki bulu-bulu halus atau jenis individu yang bukan dalam kategori ‘teddy bear’. Jika anda jenis berjambang atau ‘banyak bulu’ maka bahagian yang kurang bulu seperti di dahi, pipi boleh diaplikasikan Dermaplan.




Bolehkah Dermaplan dilakukan sendiri di rumah dengan menggunakan pisau cukur biasa?

Untuk rawatan Dermaplan ada alatan khas yang digunakan dengan menggunakan pisau khas iaitu Carbon Steel Sterile Surgical Blade. Seeloknya untuk kesan maksima lakukan rawatan Dermaplan di pusat yang bertauliah.

22 views
Subscribe to Our Site

Contact Us

No. 72-G, Jalan Memanda 1,

Ampang Point Ampang,

Kuala Lumpur 68000

+6013-263 5007

©2018 Narqes