• annatykhalid

CARBON LASER

Sekadar Gigit Semut!


Ibarat kena tampar! Demikianlah seloroh selebriti dan usahawan Sufie Rashid apabila ditanya responnya selepas selesai rawatan Carbon Laser NARQES Skintelligent. Beliau pernah mencuba rawatan tersebut dua tahun lalu dan dia mengakui rawatan Carbon Laser amat sesuai untuk mereka yang memiliki kulit berminyak dan pori-pori besar.


Hakikatnya trend merawat kulit dengan menggunakan laser bukanlah sesuatu yang baru ketika ini. Malahan selebriti Hollywood, Korea, Jepun, Thailand sendiri mengakui keberkesanan rawatan berasaskan laser ini. Selain berfungsi untuk mempercantikkan tona kulit, ianya bertujuan memberikan keserian lebih serta menghalus kulit dengan cara yang lebih segera. Di Malaysia sendiri baik wanita maupun lelaki yang inginkan kesan segera tanpa alahan yang melampau sering menjadikan rawatan Carbon Laser sebagai alternatif kecantikan terkini.




Bagaimana proses Carbon Laser ini dilakukan?

  1. Keseluruhan wajah akan dibersihkan terlebih dahulu dengan 3 Step Cleanser, Ini bertujuan untuk membersihkan kesan-kesan kotoran di wajah untuk memudahkan proses rawatan dilakukan.

  2. Proses steamer selama sepuluh minit dimulakan untuk membuka pori-pori di wajah.

  3. Rawatan Silk Peel untuk membuang sel-sel mati, blackhead dan whitehead selama sepuluh minit diteruskan ke seluruh wajah,

  4. Seterusnya rawatan Radio Frequency (RF) – Cool Hammer dilakukan dengan durasi lima hingga lapan minit. Rawatan RF ini bertujuan untuk mengecilkan pori-pori dan merangsangkan pembentukkan kolagen di wajah.

  5. Urutan wajah – Face Massage selama sepuluh minit menyusul. Urutan ini mampu merangsang aliran darah dan memperbaiki keanjalan kulit wajah.

  6. Carbon cream disapu ke seluruh wajah. Dan dibiarkan selama lima minit sebelum rawatan laser carbon sehingga selesai keseluruh wajah.

  7. LED Mask pula bertujuan merangsang kolagen selepas rawatan di buat.

  8. Dan akhirnya disapu sunblock pada akhir rawatan.

Fakta Yang Perlu Diketahui:

  • Rawatan Carbon Laser tidak menyakitkan. Jika Sufie Rashid mengatakan ianya seperti ditampar sebenarnya itu adalah gurauannya sahaja. Perasaan yang dialami sepanjang proses rawatan adalah seperti digigit semut. Jika ada rasa berbeza adalah seperti terkena percikan bunga api. Namun keseluruhan ianya tidak menyakitkan. Dan proses ini boleh dihentikan seketika sekiranya ada rasa sakit atau sebarang ketidakselesaan. Selepas rasa selesa barulah rawatan diteruskan.

  • Tiada kesan sampingan kepada mereka yang menjalani rawatan Carbon Laser. Kesan kulit bersih, mulus dan segar akan jelas kellihatan selepas proses berakhir. Untuk hasil yang lebih maksima sentiasa sapukan pelembab di wajah dan elakkan terkena matahari secara drastik. Pakailah sunscreen setiap kali keluar.

  • Carbon yang dioleskan ke wajah itu sebenarnya melitupi bahagian wajah yang ingin dirawat. Laser yang digunakan akan membakar carbon tersebut sekaligus carbon menarik semua masalah ketidaksempurnaan kulit seperti sel kulit mati, blackhead, whitehead dan kesan cela yang lain.

  • Carbon Laser akan memberikan ‘wajah’ baru kepada kesihatan kulit wajah. Ianya seperti mengelupas kulit secara sistematik tanpa memberikan kesan yang mudarat. Hasilnya kulit anda akan semakin sihat, bersih dan berseri. Ini adalah kerana pancaran laser tersebut selain membakar carbon, ianya akan merangsang pertumbuhan kolagen dan kulit wajah yang baru selepas sel kulit yang lama ditarik bersama bakaran carbon tersebut.

  • Jarak waktu yang bersesuaian untuk melakukan rawatan Carbon Laser adalah dua minggu sekali. Dicadangkan anda melakukannya selama tiga bulan berturut-turut dan selepas itu bolehlah dibuat sebulan sekali, Cadangan ini amat bersesuaian bagi mereka yang memiliki kulit berminyak, banyak melakukan aktiviti luar dan kulit yang kusam.


Di NARQES Skintelligent kami sentiasa memberikan khidmat nasihat terbaik kepada setiap pelanggan yang ingin mencuba perkhidmatan kecantikan yang kami lakukan. Tidak semua orang sesuai untuk setiap rawatan, semuanya akan dianalis dahulu untuk menentukan tahap keperluan dan kesihatan kulit wajah masing-masing. Selepas itu barulah dicadangkan rawatan yang bersesuaian dengan masalah kulit anda.


Paling penting sentiasa amalkan rutin mencuci wajah yang betul. Selepas mencuci wajah, sapukan penyegar dan pelembab serta sunscreen. Banyakkan minum air putih atau jus buah-buahan tanpa gula serta amalkan aktiviti kesihatan yang sihat. Rawatan kecantikan apapun akan membuahkan hasil sekiranya displin diri anda berada dalam tahap cemerlang.

5 views
Subscribe to Our Site

Contact Us

No. 72-G, Jalan Memanda 1,

Ampang Point Ampang,

Kuala Lumpur 68000

+6013-263 5007

©2018 Narqes