fbpx

Apa Jadi Kalau Anda Tidur dengan Makeup

narqes
Published on 19/09/2022

Share on

Pernah tak terjadi: Hari ni kerja overtime, baru balik oncall/ syif atau ada kenduri ke, balik sampai lewat malam, tu katil tengah memanggil, nak duduk je sebenarnya, tiba- tiba sedar dah SUBUH! Pernah kan? Bagi sesetengah dari kita, benda ni biasa sangat terjadi, walaupun untuk hari hari yang biasa, kadang – kadang tu terlampau penat nak cuci muka. Kalau lah diorang cipta makeup yang boleh buang dengan sendiri nya…

Kenapa tak boleh tidur dengan makeup ni?

Apa itu makeup?

Makeup atau apa- apa kosmetik adalah suatu benda yang asing bagi kulit. Ini termasuk foundation, cc cream, bb cream, sunscreen, sunblock, primer, blush, concealer, highlighter, bronzer, setting spray, setting powder, dan lain- lain. Apa sahaja yang asing di kulit akan menyebabkan pori tersumbat.

Pori tersumbat boleh jadi breakout jerawat

Apabila kita tidur, kulit menghasilkan minyak sebagai proses semula jadi melembapkan kulit. Minyak tak terhasil boleh bercampur dengan baki kosmetik dan menyebabkan pori tersumbat. Sepanjang hari juga baki kosmetik akan bercampur dengan bahan- bahan pencemaran dalam udara (asap kenderaan, asap industri) yang tidak nampak di mata kasar.

Tambahan pula, jika tidur dengan keadaan muka berjerawat, kulit boleh mendapat jangkitan kuman.

 

Kesan Penuaan yang pramatang

Apa yang berlaku ketika kita tidur: Kulit baru akan dihasilkan dan menolak kulit lama dan kulit mati keluar. Baki kosmetik boleh memerangkap sel kulit mati dan menyebabkan kulit kita tampak kusam dan memberikan kesan penuaan. Tidur dengan baki kosmetik akan melambatkan proses pembaharuan kulit, menyebabkan collagen dalam kulit terhapus sedikit demi sedikit. Apabila proses pembaharuan kulit ini diganggu, anda akan mendapat kedutan dan garis- garis halus!

 

Rutin Malam yang efektif

Jika anda nak kekal muda dan bebas dari breakout jerawat, anda kena amalkan mencuci muka pada waktu malam. Jika memakai makeup, anda perlu buang guna makeup remover atau oil cleanser, kemudian diikuti dengan pencuci muka biasa (cleanser). Untuk hari yang anda penat, cukup dengan mencuci muka dan memakai moisturizer sahaja sebelum tidur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel-artikel terkini

Penjagaan diri

Nak Dapatkan Kulit Cantik dan Kesihatan Tubuh?

Rasai Pengalaman Kulit Cantik dan Kesihatan Tubuh Terbaik di Untuk Pertama Kali Pertama sekali, Selamat datang ke Narqes Medispa, tempat di mana kesejahteraan dan kecantikan ...
Continue reading
Penjagaan diri

Discover a Sanctuary of Beauty and Wellbeing at Narqes Medispa

Discover a Sanctuary of Beauty and Wellbeing at NARQES Skintelligent Medispa First of all, Welcome to NARQES Skintelligent Medispa, a place where wellness and beauty ...
Continue reading
https://pin.it/11nVTxhSv
Penjagaan diri

Turkish Beauty Tricks Since Ancient Time

Did you know what are the secret behind Turkish beauty? Well if you don’t, we gladly are here to reveal it. Previously when we visited ...
Continue reading