• annatykhalid

ALAHAN HAMIL; MAKAN KERAP; BANYAK REHAT

Bahana Kafein Untuk Bayi




Pengalaman kehamilan adalah moment indah bagi setiap wanita. Dari awal kehamilan sehinggalah kelahiran serta proses berpantang, segalanya menjadikan seorang wanita yang bergelar ibu secara langsung dan tidak langsung akan berhadapan dengan pelbagai cerita suka duka.


Puan Narqes Raimi, pengasas NARQES Skintelligent dan juga pakar farmasi bertauliah, juga tidak terkecuali ada pengalaman tersendiri tentang proses kehamilan yang beliau lalui sepanjang mengandungkan empat orang anak terdahulu dan situasi beliau mengandung anak ke lima sekarang.


Menurut beliau, pengalaman demi pengalaman hamil dan melahirkan membuatkan beliau matang dan sentiasa belajar sesuatu yang baru. Lebih menarik adalah setiap kali kehamilan, beliau akan berhadapan dengan alahan dan karenah kehamilan anak yang berbeza. Demikianlah kuasa Allah, dari Rahim yang sama, tetapi karenah bayi yang dikandung adalah berlainan. Pun begitu, beliau tidak menganggap ianya satu masalah, malahan karenah hamil yang pelbagai alahan itulah menjadikan usahawan berjaya ini terus kental dengan sokongan suami tersayang.


Selaku pakar farmasi, beliau sedia maklum dengan wanita yang mengalami alahan ketika hamil. Atau dalam perkataan yang biasa kita dengar dan sebut iaitu Morning Sickness, Puan Narqes turut berkongsi beberapa info untuk rujukan ibu muda yang ‘belum masak’ dengan situasi kehamilan yang mencetuskan pelbagai emosi.


1. Bangun tidur makan sikit

Bangun pagi untuk mereka yang mengalami alahan hamil, bukan semudah mereka yang tidak hamil. Emosi yang pelbagai rasa mencetuskan mood yang sukar dijangka. Lebih-lebih lagi rasa lapar secara tiba-tiba ketika bangun tidur. Dicadangkan menyimpan biskut wheetameal yang kurang perasa. biskut wakter mill yang tiada perasa. sebelum bangun. Pastikan juga sepanjang hari sentiasa makan dengan mengambil kuantiti yang kecil tetapi secara kerap.


2. Makan Secara Kerap

Pastikan juga sepanjang hari sentiasa makan dengan mengambil kuantiti yang kecil tetapi secara kerap. Jangan biar perut kosong. Apabila perut kosong, akan mencetuskan mual yang keterlaluan akibat ‘masuk angin’ sehingga menyebabkan anda muntah dan kurang bermaya. Justeru sentiasa ada kudapan yang berkhasiat adalah perlu dijadikan bekalan di mana juga anda berada.


3. Muntah Banyak; Hilang Zat Besi

Biasanya diawal kehamilan, alahan yang menjurus kepada ‘rasa’ dan ‘naluri’ yang tidak stabil yang mengakibatkan anda akan muntah dengan banyak. Apabila terlalu banyak muntah akan menyebabkan zat besi di dalam badan akan berkurangan. Doktor sering mencadangkan ibu hamil menkosumi zat besi sebagai supplement tambahan. Tetapi adakalanya ada masalah lain pula yang timbul. Pengambilan zat besi tersebut akan menambah rasa mual. Jadi kena pandai seimbangkan pengambilan zat besi agar serasi dengan body dan naluri anda. Sekiranya tidak ada masalah, seeloknya di peringkat kehamilan berhentikan dahulu pengambilan zat besi sehingga kandungan anda berasa selesa dan alahan mula bekrurangan.


4. Rehat Betul Betul

Sebelum hamil, wanita sering bekerja lebih dari masa dan tenaga. Apabila telah disahkan hamil, wanita perlu peka dengan bahasa badan mereka. Berehat selalu, tidur sekejap untuk memulihkan tenaga. Andai badan terlalu penat, rasa nak muntah dan mual itu akan datang menyerang lebih mudah.


5. Kurangkan kafein

Jika anda pengemar tegar kafein, seeloknya membataskan pengambilan kafein apabila disahkan hamil. Pengambilan yang berlebihan bukan hanya mencetuskan rasa mual keterlaluan tetapi berkemungkinan menyebabkan keguguran terutama pada awal kehamilan. Jika tidak gugur pun, perkembangan fizikal bayi akan terjejas. Dalam erti kata lain kafien hanya boleh diambil tidak melebihi 200 miligram (mg) setiap hari.

Alahan kehamilan atau morning sickness adalah berbeza-beza pada setiap wanita. Ada sesetengahnya pula langsung tidak mengalami tetapi suami pula yang teruk alahan. Pun begitu samada anda alah atau tidak, sentiasalah berwaspada dengan perubahan naluri, bahasa badan dan pergerakan anda. Sentiasa dapatkan info terbaik dan banyakkan berehat secukupnya, makan kerap dan jangan stress-stress.

5 views
Subscribe to Our Site

Contact Us

No. 72-G, Jalan Memanda 1,

Ampang Point Ampang,

Kuala Lumpur 68000

+6013-263 5007

©2018 Narqes