fbpx

9 Buah Untuk Cantik dan Sihat

narqes
Published on 21/03/2021

Share on

Definasi kecantikan itu terlalu subjektif. Ada yang melihat kecantikan itu dari persepsi penampilan dan apa yang terlihat. Namun tidak kurang ada yang mengatakan kecantikan sebenar adalah kecantikan dalaman. Daripada cantik dalaman itulah akan membawa nilai sebenar kecantikan sejati.

Moto Narges Skintelligent yang mementingkan kulit yang sihat adalah kulit yang cantik juga wajar diberi pemahaman lebih. Nyatanya apabila kulit kita sihat, kecantikan akan muncul memberi wajah baru kepada penampilan seseorang. Dengan rawatan yang betul dan produk bebas bahan kimia terlarang, kecantikan yang diidamkan setiap daripada kita akan disempurnakan.

Pun begitu, kecantikan kulit sebenarnya tidak hanya terletak pada rawatan kecantikan dan penggunaan produk sahaja. Lebih penting ianya perlu diseiringkan dengan pemakanan nutrisi tertentu yang membantu menambahbaik kepada kesihatan dan kecantikan kulit.

Pengambilan nutrisi seperti vitamin C, vitamin E atau vitamin A serta vitamin yang berkaitan, juga boleh didapati dengan mudah jika seseorang itu bijak mengenali apa yang perlu diamalkan dan dimakan. Persekitaran kita sendiripun memiliki ‘vitamin’ semulajadi yang tidak perlu berbelanja besar.

Ya, pilihlah buah-buahan sebagai penyelesaian masalah kesihatan dan kecantikan kulit. Hanya dengan memilih buah tertentu, kulit anda yang bermasalah akan dapat diatasi. 9 buah-buahan pilihan di bawah ini boleh dijadikan pilihan kerana memiliki vitamin semulajadi yang mengagumkan untuk kulit anda.

1. Pisang

Kaya dengan vitamin B6, vitamin A dan vitamin C, pisang adalah buah-buahan yang cukup mudah dikonsumi. Vitamin C di dalam pisang membantu mengekalkan mood yang baik, menghilangkan tekanan dan kesakitan. Pisang juga dikatakan pencerna terbaik jika anda sering mengalami masalah perut yang tidak selesa seperti mudah sembelit, pedih ulu hati maupun ulser perut. Tiga gula semula jadi dalam pisang iaitu sukrosa,fruktosa dan glukosa mampu memberi sumber tenaga tanpa lemak dan kolestrol. Pisang wajar dijadikan juadah pencuci mulut maupun sebagai snek jika anda seseorang yang mementingkan diet dan kesihatan diri.

2. Tembikai

Cuaca panas yang tidak menentu membuatkan kita sering dahaga. Buah tembikai yang kaya dengan 90 peratus air dan mudah hadam amat sesuai untuk dijadikan penghilang dahaga sekaligus berfungsi sebagai agen penenang dan mampu menurunkan berat badan. Seperti buah naga dan tomato, warna merah pada tembikai adalah digelar lycopene yang bersifat antioksidan dan amat baik untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Ianya juga kaya dengan vitamin A yang merujuk kepada kecantikan rambut dan kulit.

3. Nenas

Ini adalah buah yang wajib diambil jika ingin mengekalkan kecantikan dan kesihatan kulit. Kaya dengan vitamin C dan antioksidan, ianya mampu membina kolagen untuk mengatasi masalah kedutan di wajah, meningkatkan pertumbuhan sel baru dan mampu menjadikan kulit kusam kembali berseri dan menyerlah. Paling istimewa, jika anda ada masalah mulut atau gusi, amalkan memakan nenas untuk kesihatan gigi dan gusi serta bau mulut anda.

4. Mangga

Tidak kisahlah apa jenama atau jenisnya, Mangga juga memiliki ciri-ciri hebat sebagai agen awet muda dan pemulihan kulit wajah yang bermasalah. Kandungan vitamin C yang banyak berserta vitamin A adalah gabungan yang terbaik dalam menjaga kesihatan kulit sekaligus menjadikan kulit lembab dan berseri. Jika mengalami masalah pencernaan, mangga adalah jawapannya.

5. Betik

Masalah kulit kusam, kedut, kurang anjal boleh diatasi apabila anda kerap mengkonsumi buah Betik. Kandungan vitamin A, C dan lycopene mampu melindungi dan memperbaiki kesihatan kulit sekaligus memberi wajah baru pada kulit wajah anda. Amalkan selama dua minggu, anda akan melihat perubahan pada kulit anda. Membuat masker dari betik juga antara cadangan bagaimana peranan betik juga terbaik dalam menjadi alternatif kecantikan dan kesihatan kulit yang sebenar

6. Tomato

Kaya dengan vitamin C, vitamin A , vitamin K dan lycopene , tomato juga agen awet muda yang cukup menjadi pilihan samada dimakan mentah ataupun sebagai menu masakan. Sebiji tomato mampu membekalkan lebih empat puluh peratus keperluan vitamin C pada setiapkali pengambilannya. Tomato juga mampu melindungi kulit dari sinar matahari dan pencetus kolagen untuk kecantikan kulit. Ianya buah untuk kecantikan dan kesihatan. Dikatakan juga ianya mampu mengelakkan kanser.

7. Epal

Epal merah atau hijau lebih berkhasiat? Sebenarnya tiada apa perbezaan pun antara keduanya. Andai membezakan pun adalah rasa. Epal merah lebih manis, sementara epal hijau sedikit masam, namun khasiat keduanya lebih kurang sama. Tetap kaya dengan vitamin C, vitamin A, vitamin K dan Tembaga. Vitamin K mampu menghalang pembekuan darah sementara tembaga dalam epal membentuk melanin yang berfungsi sebagai pelindung kulit dari selaran matahari. Satu petua yang wajar tidak dilupakan adalah jangan mengupas kulit epal. Kulit epal juga berkhasiat sebagai isinya. Dikatakan juga sesiapa yang mengamalkan memakan epal sebagai juadah harian akan menjadikan mereka semakin sihat dan terhindar dari berjumpa doktor!

8. Limau

Limau atau lemon? Gelarkan apa juga namanya, tetapi vitamin C dalam setiap limau memainkan peranan cukup penting dalam pembentukan kolagen untuk kulit. Justeru itu limau antara buah yang menjadi pilihan utama untuk kosmetik, produk makanan dan kesihatan. Hari ini pengambilan vitamin C yang berasaskan dari limau adalah trend, lebih lebih lagi dengan pelbagai virus dipersekitaran, pengambilan vitamin C amatlah digalakkan. Ekstrak limau juga dijadikan pati untuk aromaterapi dan rawatan di spa. Bau dari limau tersebut mampu memberi ketenangan dan rasa rilek pada mereka yang ingin bersantai dan hilang dari tekanan.

9. Avokado

Antara kesemua buah, avokado boleh dianggap buah yang memiliki kandungan vitamin yang merujuk kepada kecantikan kulit dan agen awet muda. Antara vitamin di dalamnya termasuklah vitamin E, vitamin A, vitamin K, vitamin C, vitamin B5, vitamin B6 serta kaya dengan folate, potassium. Selepas ini apa kata pilihlah produk kecantikan anda berasaskan avokado. Anda pasti melihat perubahan pada kualiti kulit anda.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel-artikel terkini

Skincare

The Benefit of Facial Treatment

Facial Treatment Undoubtedly, one of the most well-liked and sought-after spa services is a cosmetic facial. This is understandable because receiving a facial involves being ...
Continue reading
Skincare

Fungsi Exfoliate Untuk Seri Wajah

Bila kali terakhir anda exfoliate kulit wajah? Sejauh manakah pentingnya exfoliate untuk kesihatan kulit? Jika ianya penting, exfoliate yang bagaimana perlu untuk masalah kulit? Dalam ...
Continue reading
Penjagaan diri

Vitamin C – Suplemen atau Buah Lebih Kualiti?

Vitamin C antara vitamin yang popular dan menjadi pilihan sebagai agen kesihatan serta kecantikan. Justeru keberkesanan dan kemujaraban vitamin C sentiasa diperkatakan dan dipromosi sehingga ...
Continue reading