• annatykhalid

10 Sebab Mengapa Dermapen Perlu untuk Kecantikan Segera

Updated: Nov 18




Sesuai dengan namanya, Dermapen merujuk kepada alat yang berbentuk seperti pen yang berfungsi melalukan proses tusukan jarum-jarum halus ke seluruh muka. Proses ini juga dikenali sebagai Mircroneedling.


Tusukan mikro pada lapisan epidermis dan dermis adalah berfungsi untuk memperbaiki 10 masalah kulit terutamanya tona tidak sekata, mengecilkan pori-pori besar, masalah jerawat, kulit kusam, parut berlubang, membuang sel mati, mengurangkan lingkaran gelap bawah mata, mengurangkan kesan jeragat, kedutan. Paling utama ianya mampu merangsang pembentukan kolagen baru di wajah.


Dermapen menstimulasi dan merangsang keanjalan kulit untuk kembali berwajah baru seumpama kulit bayi yang lembut mulus. Rangsangan jarum-jarum halus Dermapen, barangkali kelihatan agak menakutkan kerana ada sesetengah bahagian wajah akan berdarah. Tetapi itulah sebenarnya tujuan Dermapen. Proses melukakan itu adalah fungsi sebenarnya namun ianya tidaklah menyakitkan kerana laras jarum yang keluar masuk di wajah telah diselaraskan mengikut tahap keperluan masalah kulit. Krim khas seperti serum vitamin c seringkali dikenakan di wajah semasa proses Dermapen berlangsung. Gabungan jarum dan serum mampu memberikan kesan maksima pada proses Dermapen ini. Ianya seumpama memberi ‘makan’ pada wajah ketika kulit ditusuk.


Ada yang berasa takut kerana merasakan jarum Dermapen itu akan memindahkan kuman maupun bakteria dari wajah ke wajah. Anggapan tersebut adalah salah kerana semua jarum akan disteril dan digunakan secara individu. Tiada istilah berkongsi jarum.Malahan jarum Dermapen boleh diganti dan ditukar selalu.


Berbeza dengan Dermaroller yang prosesnya berputar di wajah, jarum-jarum halus Dermapen yang keluar masuk secara vertical, menjadikan Dermapen lebih mudah untuk diaplikasikan pada bahagian yang sukar seperti bahagian hidung, bibir atas dan kawasan persekitaran mata. Samada proses Dermapen atau Dermaroller lebih menyakitkan atau menyelesakan, ianya bergantung kepada ketahanan individu terbabit dengan masalah kulit mereka. Namun dengan penggunaan numb cream (krim kebas) yang dioleskan ke seluruh wajah sebelum proses Dermapen atau Dermaroller, ianya mampu mengurangkan rasa sakit atau berdarah.


Selepas proses Dermapen dilakukan, wajah akan sedikit kemerahan, sedikit pedih dan sensitif. Ianya memerlukan beberapa hari untuk pulih semula. Jangan dedahkan wajah pada sinar matahari. Elakkan mencuci wajah dengan rutin biasa. Hanya menggunakan air biasa sudah memadai. Pakailah serum dan pelembab untuk mengurangkan rasa rengsa.


Untuk melihat hasil yang lebih sempurna perubahan wajah baru, biasanya memerlukan tempoh tiga hingga enam minggu atau boleh dilakukan dua atau tiga kali setahun. Dermapen tidak boleh digunakan secara kerap kerana sel sel kulit memerlukan jangka waktu untuk pulih selepas tusukan jarum-jarum halus tersebut.

8 views
Subscribe to Our Site

Contact Us

No. 72-G, Jalan Memanda 1,

Ampang Point Ampang,

Kuala Lumpur 68000

+6013-263 5007

©2018 Narqes